<< April 2015 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Wednesday, April 29, 2015
Exam dan kerisauan
Exam worries me.

Walaupun boleh cakap dekat orang, "Tak de hal lah. We all can do it punya."

But truth is, aku takut.

I hardly care about other people expectation. But with some people keep on pushing for us to get DISTINCTION (90+ marks)... & keep on asking "Are you ready for exam now, Jamaliatul?"

Man, give us a break. Tanya hari-hari pun macam lah boleh ready tuk jawab esok. & bila jawab dengan honest, "Saya target MERIT (80+) je." Boleh pulak ada come back, "Wah, not ambitious eh you?" Hai, kau nak jawab untuk aku ke?

(=.=)"

Jadinya, bila hari-hari seterusnya mereka tanya soalan yang sama, aku pun jawablah "DISTINCTION." Lepas tu, baru reda sikit. Tak kacau hari-hari dah. Few weeks later baru dorang start tanya balik. hahaha.

Dah kerja, tapi rasa macam budak Uni balik bila dorang treat kitorang macam ni. Aku faham, korang nak kitorang berjaya (lah kot). Tapi tak perlu letak unwanted pressure macam tu skali. Tak de sorang pun dari kitorang yang target untuk gagal. Itu aku pasti.

Apa yang aku worry kan?

Tahukan perasaan bila dah belajar sikit, lepas tu kau rasa bodoh gila, benda basic pun tak tau. sob sob. Dan kau wonder, kenapa kau TAK INGAT~! Bukan dah belajar ke dulu! Dan kemudian kau stress, melayan perasaan sendiri. Bahahaha. Lately ni aku rasa, kerap gak melayan perasaan macam ni. Sigh.

I don't like it one bit.

Tahukan aku seorang yang optimistic? Dalam setiap perkara yang kita lalui, kita kena sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi yang tinggi. I've been brought up that way and it's way of life. LOL. Over kau, Eira! Tapi it's true lah. Lepas beberapa ketika melayan unwanted emotion tu, kemudian kau come back balik dengan menaikkan semangat untuk buat sehabis baik! Yang penting, jangan sesekali putus asa!

Dalam pada itu, sebenarnya aku tengah worry ni. Petang tadi, kitorang pergilah jumpa coach mintak tips for exam. Bila dengar soalan-soalan from previous exam, OMG, cuaknya~! Aku rasa if we study and do all the preparation required, it should not be a problem kot. Cumanya, since at the moment, baru study a few topics je. So bila dengar soalan-soalan dari topik yang belum disentuh, boleh rasa nak nangis gak. Apa ni? Apa ni? T___T Dan disebabkan itu aku worry.

Dan kemudian, adalah tertengok kertas yang ada list name mereka-mereka yang nak ambil exam ni. Dalam kertas itu siap ada markah semua 10 courses yang kitorang dah pergi, siap ranking uolls! *nangis lagi* Perlu ke semua ranking ni? Tak cukup ke kalau kitorang pass je?

Dan selepas ditengok, aku di tahap AVERAGE lah. Memang tau pun, aku average je among all. Tetapi untuk selamat dari "unwanted attention and circumstances," maka dengan itu, kita perlu naik skit dari current ranking itu. Therefore, it is required for myself to work my ass off a lil more harder than what I'm doing now.

Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.

Aku target untuk pass dengan MERIT sebenarnya. Sebab aku rasa itu aku mampu. Adakah itu bermaksud aku tak mampu dapat DISTINCTION? It's not impossible to be honest. I just need to work really hard to get it. Cumanya, MERIT itu minimum requirement aku.

& I'M GONNA GET IT! I'M GONNA PASS WITH MERIT!
(perlu caps lock untuk menaikkan semangat diri sendiri. haha)

Kadang-kadang aku fikir, all we need is actually motivation. & hati kena kuat untuk terus bangkit dan melawan. Aku admit lah, ada certain time, aku rasa penat untuk berdiri sendiri. Like I wish, i could let loose a bit and fall. Dan kemudian bila dah tenang, bangkit balik. Tapi in my current situation, I cannot let myself fall too hard. Not now, Eira. Be strong!

Okay, I should stop. My current writing is starting to go a lil bit more personal now. haha

Wish me luck, bloggy! Hiks. I'll do my very best, as always.

lots of love,
jmunawwarah


Posted at 09:16 pm by jmunawwarah
 

Previous Entry Home Next Entry