<< February 2015 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Monday, February 16, 2015
Toleransi.
Yang membuatkan persahabatan itu kekal, adalah sifat toleransi. Kita masing-masing adalah individu yang berbeza. Walau macam mana pun sekepala, hati dan perangai lain-lain. Jadinya, tidak mengejutkan bila kita tidak dapat berfikir sama seperti yang lain pada setiap masa.

Normal lah tu. Kita kan manusia.

Sifat toleransi ni penting untuk semua orang praktikkan. Kau tak boleh fikir hanya satu atau dua individu saja yang patut mengamalkan sifat ni. Tak bolehlah macam tu. Semua orang ada tahap kesabaran masing-masing. Kalau orang yang sama saja bertoleransi dengan semua kerenah setiap orang, sampai satu tahap mahu meletus gunung berapi yang terpendam tu. Tak kiralah berapa rapatnya korang. Benda ni berlaku.

Kadang-kadang mereka yang selalu bertoleransi ni mengharapkan benda yang sama juga. Untuk orang lain bertoleransi dengan mereka. Tak banyak pun mereka mintak. Secebis toleransi sudah memadai kadang-kadang. It's the thoughts that counts.

Susah nak menggembirakan hati semua orang. Memang kadang-kadang terpaksa mementingkan diri sedikit. Tapi janganlah melampaui batas sampai sengaja menyakitkan hati orang lain okay.

Toleransi. Be considerate.

lots of love,
jmunawwarah

Posted at 09:51 pm by jmunawwarah
 

Previous Entry Home Next Entry